Saturday, June 19, 2010

~d@Rk Ch0coLAte & c0tTon C@NdY~ cH@piTeR 9

sejak saat itu, Aiman berusaha membaiki hubungannya dengan Diana..
perlahan-lahan Aiman meniupkan bayu cinta di telinga Diana.. Aiman tau perasaan nya dengan Diana sangat berbeza dengan perasaannya terhadap gadis-gadis yang pernah dikenalinya dulu.....

Dila dan Arniesha telah mendaftarkan diri mereka di universiti masing-masing...
Dila telah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang seperti yang diidamkannya...
Arniesha pula dalam bidang kejuruteraan...


===> satu hari, Dila telah mengajak Aiman untuk menemaninya membeli buku berkaitan undang-undang..
Aiman hanya menuruti permintaan Dila..


sebelum Aiman keluar menemani Dila, Aiman sempat memberitahu Diana tentang rancangannya untuk keluar bertemu Dila.....

"Diana, i keluar jap k.. Dila ajak i teman dia beli buku law..dia suruh i tunjukkan buku apa yang patut beli"

"yelah...tapi jangan gatal-gatal pulak tau"

"haha..takkan la pulak i nak mengatal.. eh u tak kesah ke? tak jeles?"

"nak buat apa jeles..ala..lagipun u kenal dia dulu, so dia berhak jumpa u dulu."

"erm..yelah..nanti apa-apa i text u k."

"okay"



---> sepeti dirancang, Aiman menemani Dila membeli buku di MPH, Mid Valley.... Dila sempat bertanyakan tentang subjek undang-undang yang akan dipelajarinya kepada Aiman.. Aiman pula tidak keberatan untuk berkongsi ilmunya yang masih cetek itu....



    =====> keesokan hari tu, Aiman sedang baring sambil menonton bola di ruang tamu rumahnya.... Dila menghubungi Aiman.. Aiman agak malas untuk melayan Dila kerana dia sedang focus menonton pasukan kegemarannya berentap....

Dila pula telah tersalah anggapan.. Dia merasakan Aiman semakin menjauhkan diri daripadanya kerana cara layanan Aiman..

handphone Aiman bervibrate............ message daripada Dila......

'Aiman, actually, i dah suka u before i jumpa u lagi.. and i tak pernah boycot hubungan u dengan Diana.. i bagitau ni bukan ada niat apa-apa..just nak luahkan apa yang terpendam so takde simpan-simpan...'


Aiman agak terkejut dengan luahan hati Dila tu... dia tak menjangkakan Dila mempunyai perasaan terhadapnya... Aiman mula merasakan perasaan bersalah timbul di hatinya... Aiman terperangkap oleh layanan baik nya terhadap Dila selama ini... Aiman tidak dapat berbuat apa-apa.. kasih dan sayangnya hanya untuk Diana... Aiman cuma dapat berharap dan mendoakan agar Dila akan berjumpa seseorang yang lebih baik dan sempurna daripada dirinya........



----->  Diana mula menyayangi Aiman... semakin hari, perasaannya terhadap Aiman semakin bertambah...
Diana perlu bertemu muka dengan Aiman sebelum membuat keputusan untuk menerima kehadiran Aiman dalam dirinya kerana itulah prinsip hidupnya... Aiman pula perlu menghormati keputusan Diana..... Aiman tau, kesabarannya akan membuatkan hidupnya lebih bermakna...





bersambung.........................

2 comments:

Anonymous said...

giler jiwang doe mamat nih..haha!
tp lagu besst!

Anonymous said...

lagu pon jiwang